GET YOUR FREE CONSULTATION WITH OUR SPECIALIST DOCTOR

pembedahan-hidung klinik, pembedahan-hidung-malaysia,pembedahan-hidung-glojas

Pembedahan Hidung (Alarplasty) : Menyempurnakan Bentuk Sayap Hidung Anda di Glojas

Memahami Apa Itu Pembedahan Hidung (Alarplasty)

Pembedahan hidung (alarplasty) merupakan prosedur pembedahan kecantikan yang dilakukan untuk memperbaiki atau mengubah bentuk bahagian sayap hidung yang dikenali sebagai “alar.” Alarplasty salah satu rawatan yang sering dipilih oleh mereka yang ingin memperbaiki penampilan hidung mereka sama ada untuk tujuan meningkatkan kecantikan atau untuk menangani masalah pernafasan. Artikel ini akan membincangkan aspek-aspek utama mengenai pembedahan hidung (alarplasty), termasuk kebaikan, proses, risiko dan komplikasi selepas rawatan dan juga kos bagi pembedahan ini. Kami akan membincangkan perkara ini supaya individu yang mencari solusi kepada masalah dengan keadaan sayap hidung akan lebih tahu perkara sebelum dan selepas mendapatkan rawatan pembedahan hidung (alarplasty).

Alamat :

Glomac Galeria Hartamas, B-G, 05, Jalan 26a/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon :

Laman Social :

Apakah Kebaikan Pembedahan Hidung (Alarplasty)?

Kebaikan utama pembedahan hidung (alarplasty) adalah untuk meningkatkan kecantikan lubang hidung pesakit. Dengan mengurangkan lebar sayap hidung dan menyempitkan lubang hidung, pembedahan hidung (alarplasty) juga bertujuan untuk menjadikan bentuk muka mereka lebih seimbang dengan bentuk hidung secara keseluruhan. Ini boleh meningkatkan seri wajah dan bentuk wajah keseluruhan dan akan menjadikan penampilan lebih baik dan menarik dari segi kecantikan.

Bagaimanakah Pembedahan Hidung (Alarplasty) Berjalan?

Pembedahan hidung (alarplasty) biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:

  1. Insisi: Pakar bedah membuat insisi di sepanjang kawasan alar, iaitu kawasan di mana lubang hidung bertemu dengan pipi. Insisi ini boleh meluas ke tapak lubang hidung, bergantung kepada teknik yang digunakan.
  2. Pembaikan Tisu: Setelah insisi dibuat, pakar bedah mungkin mengeluarkan segmen kecil tisu dari pangkal lubang hidung atau membaiki tisu yang sedia ada untuk mengurangkan lebar sayap hidung untuk menyempitkan lubang hidung.
  3. Jahitan: Selepas membentuk semula pangkal alar untuk mencapai kontur yang diingini, insisi ditutup dengan jahitan dengan teliti. Matlamatnya adalah untuk memastikan bekas luka minimal dan mengekalkan bentuk lubang hidung yang baru.

Risiko dan Komplikasi Selepas Pembedahan Hidung (Alarplasty)

Seperti mana-mana prosedur pembedahan, alarplasty juga mempunyai risiko dan kemungkinan komplikasi. Ini termasuk:

  1. Jangkitan: Risiko jangkitan wujud selepas pembedahan, walaupun ia jarang berlaku jika langkah-langkah pencegahan yang betul diambil.

  2. Pendarahan: Pendarahan mungkin berlaku semasa atau selepas pembedahan, tetapi biasanya dapat dikawal dengan baik oleh pakar pembedahan plastik yang berpengalaman.

  3. Bemgkak dan Kemerahan: Pesakit mungkin akan mengalami bengkak dan kemerahan yang boleh bertahan beberapa minggu selepas pembedahan.

  4. Hasil Tidak Memuaskan: Walaupun kebanyakan pesakit berpuas hati dengan hasilnya, ada kemungkinan hasil akhir tidak memenuhi harapan, memerlukan pembedahan tambahan untuk pembetulan.

pembedahan-hidung klinik, pembedahan-hidung-malaysia,pembedahan-hidung-glojas

Berapa Kos Pembedahan Hidung (Alarplasty)?

Kos pembedahan hidung (alarplasty) di Malaysia biasanya berharga antara RM 6,000 hingga RM 15,000, bergantung kepada faktor seperti prosedur dan keperluan pesakit secara khusus.

Di Klinik GLOJAS, harga bermula dari RM 7,000. Namun, kos akhir mungkin berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor. Untuk maklumat harga yang tepat dan maklumat peribadi, adalah lebih baik untuk menghubungi klinik secara langsung untuk membincangkan pilihan pembedahan hidung (alarplasty) anda.

Pakar Pembedahan Plastik di GLOJAS

pembedahan-hidung klinik, pembedahan-hidung-malaysia,pembedahan-hidung-glojas

Pembedahan hidung (alarplasty) adalah prosedur yang boleh menawarkan manfaat kepada kecantikan dan fungsi bagi mereka yang ingin memperbaiki penampilan atau fungsi hidung mereka. Seperti prosedur pembedahan lain, penting untuk memahami sepenuhnya proses, manfaat, dan risiko sebelum membuat keputusan. Individu digalakkan untuk mendapatkan konsultasi terdahulu dengan pakar bedah yang berpengalaman untuk memastikan keputusan yang diambil adalah yang terbaik bagi keadaan individu dan apa hasil yang individu tersebut inginkan selepas pembedahan hidung ini.

Di Glojas, kami mempunyai pasukan pakar yang dikenali di Malaysia dalam pembedahan plastik. Individu yang mengalami masalah dengan penampilan sayap lubang hidung, amatlah dialu-alukan untuk datang ke klinik Glojas dan mendapatkan konsultasi percuma dengan Pakar Pembedahan Plastik kami. Ini kerana, kami mempunyai testimonial dan maklum balas yang baik dari pelanggan kami yang terdahulu selepas mendapatkan rawatan di Klinik Glojas.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Reddit
WhatsApp
Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp