Tanam Jambang Malaysia
Ada masalah jambang nipis, tidak sekata atau bertompok?
Glojas menawarkan rawatan tanam jambang menggunakan
teknologi SMART™ FUE oleh doktor bertauliah.
Tempah Konsultasi Percuma sekarang.
Tanam Jambang Malaysia
Ada masalah jambang nipis, tidak sekata atau bertompok?
FUE Tanam Jambang Specialist Clinic
Apa Itu Tanam Jambang?
Tanam jambang melibatkan pemindahan folikel rambut yang sihat—biasanya dari bahagian belakang kepala—ke kawasan jambang yang bertompok atau tidak tumbuh. Setelah dipindahkan, rambut akan tumbuh secara semula jadi dan boleh dicukur atau digayakan seperti jambang asal anda.
Calon yang sesuai termasuk:
-
Lelaki yang mempunyai kawasan jambang yang jarang akibat faktor genetik atau keguguran rambut
-
Individu yang mempunyai parut akibat kecederaan atau pembedahan
-
Lelaki transgender yang sedang melalui perubahan wajah maskulin
-
Sesiapa yang inginkan jambang yang lebih penuh dan padat untuk tujuan estetik
Testimoni: Selepas Tanam Jambang
HASIL TANAM JAMBANG FUE
Cara Penanaman Jambang
Proses Tanam Jambang Di Glojas
- Konsultasi & Reka Bentuk Jambang
- Persediaan Prosedur
- Pengambilan Folikel Rambut (FUE)
- Implantasi Rambut ke Jambang
-
Pemeriksaan oleh doktor rambut bertauliah (ABHRS)
-
Analisis kawasan jambang & bentuk wajah
-
Reka bentuk jambang mengikut kehendak anda (penuh, janggut bawah, janggut tepi dll)
-
Penilaian kawasan donor (belakang kepala)
-
Kawasan kepala dicukur nipis (untuk pengambilan folikel)
-
Bius setempat diberikan di kawasan donor dan jambang
-
Penandaan kawasan implan dengan teliti
-
Menggunakan teknik SMART™ FUE, folikel sihat diekstrak satu demi satu
-
Folikel dikumpul dan disimpan dalam larutan khas untuk kekalkan kesegaran
-
Folikel rambut ditanam ke kawasan jambang secara teliti satu persatu
-
Fokus pada kepadatan, arah pertumbuhan dan bentuk jambang
Siapa Sesuai untuk Rawatan Ini?
Siapakah Calon Sesuai untuk Tanam Jambang?
Anda mungkin calon yang sesuai untuk prosedur tanam jambang jika anda:
-
Mempunyai pertumbuhan jambang yang jarang, tidak sekata atau nipis
-
Mengalami keguguran rambut akibat genetik, parut, atau kesan melecur di kawasan jambang
-
Mengidamkan jambang atau misai yang lebih tebal dan terletak untuk tujuan estetik
-
Berada dalam keadaan kesihatan yang baik dengan rambut penderma yang mencukupi di bahagian belakang kepala
-
Tidak menghidap penyakit autoimun atau masalah kulit kronik (contohnya alopecia areata)
Doktor kami akan menjalankan analisis penuh kulit kepala dan muka untuk menentukan kelayakan anda.
Anugerah & Pengiktirafan








