PENANAMAN RAMBUT


TIPS PENJAGAAN RAMBUT SELEPAS PROSEDUR PENANAMAN RAMBUT

Selepas tanam rambut, anda akan diberi cara-cara penjagaan rambut dari hari pertama sehingalah ke 12 bulan. Penjagaan rambut yang sempurna akan memberi kesan yang optimum. Rambut merupakan kawasan yang paling mudah dicemari oleh udara dan persekitaran. Oleh itu, sangat penting untuk menghindarkan diri dari tempat-tempat yang berhabuk teruk atau sangat kotor untuk 2 minggu yang pertama. Kotoran pada rambut boleh melambatkan pertumbuhan rambut. Jadi penjagaan rapi sangat diperlukan.

Kaedah Penjagaan Yang Betul Selepas PENANAMAN RAMBUT

1. Pastikan anda menghabiskan antibiotik yang diberikan bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

2. Bersihkan kepala dengan sentuhan lembut dengan menggunakan syampu yang disediakan. Pastikan anda tidak gosok dengan kasar kawasan yang ditanam untuk mengelakkan rambut tersebut tercabut untuk seminggu yang pertama.

3. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa produk rambut seperti syampu dan sebagainya. Tinggalkan dulu produk rambut anda yang ada. Utamakan syampu yang diberikan dari klinik.

4. Tidak digalakkan menggunakan pengering rambut. Haba panas dari pengering, boleh merosakkan rambut anda.

5. Elakkan lap dengan tuala lembap dan juga tuala terpakai untuk elakkan jangkitan.

6. Elakkan pancaran matahari terik kerana ia akan merosakkan akar rambut. Kalau anda sememangnya bekerja di bawah matahari, anda boleh gunakan topi yang longgar dan bersih. Pastikan anda tidak memakai topi terlalu lama. Jika di rumah, pastikan anda tida memakai topi sebab akar rambut yang ditanam perlukan udara untuk menggalakkan kesuburannya.

7. Elakkan produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang tinggi seperti pewarna rambut, rebonding atau kerinting rambut dan sebagainya.


Copyright © GLOJAS CLINIC. All rights reserved. (KKLIU 2150/2020)