RAMBUT GUGUR

Rambut sering gugur, dah macam-macam produk guna tapi tidak berhasil menghalang rambut daripada gugur. Sebelum mencuba mana-mana produk atau rawatan, anda perlu mengetahui faktor penyebab rambut gugur.

Kenali faktor-faktor keguguran rambut

1. Hormon – tahap androgen yang tidak normal sama ada di kalangan lelaki atau wanita.

2. Genetik samadadari ibu atau bapa

2. Stress, sakit dan melahirkan anak – boleh menyebabkan keguguran rambut sementara atau kekal.

3. Ubat-ubatan – contohnya, rawatan kanser, tekanan darah tinggi, dan pil perancang kehamilan yang boleh menyebabkan rambut gugur sementara atau kekal.

4. Terbakar, kecederaan – Rambut akan kembali tumbuh selepas kecederaan pulih kecuali jika kawasan yang cedera menghasilkan parut.

5. Penyakit autoimun – Ia menyebabkan masalah alopecia areata.

6. Kosmetik – Rawatan kerintingkan atau meluruskan dan mewarnakan rambut boleh menipiskan rambut akibat rambut menjadi lemah dan rapuh. Rambut biasanya boleh tumbuh semula kecuali ada kerosakan teruk terutama pada kulit kepala.

7. Keadaan perubatan – masalah pemakanan, anemia, diabetes, lupus, dan tiroid adalah sebahagian penyakit yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Keguguran rmabut berlaku kerada adanya kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil pesakit. Biasanya, masalah ini akan hilang setelah penyakit-penyakit itu sembuh kecuali bagi sesetengah penyakit.

8. Diet – diet yang menumpukan kepada protein yang rendah serta kalori yang rendah akan menyebabkan keguguran rambut.

Bagi mereka yang mengalami keguguran rambut yang tidak normal atau teruk, pastinya ini membimbangkan. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor bagi mengenalpasti punca atau masalah sebenar yang dihadapi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Your smart aesthetic journey begins here!






Your smart aesthetic journey begins here!




Contact us


+603-6211-5555

B-G-05, Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas

Book an Appointment

Contact us


+603-6211-5555

B-G-05, Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas

Book an Appointment


Copyright by Glojas Smart International 2019. All rights reserved.



Copyright by Glojas Smart International 2019. All rights reserved.